Anak paduka jalan bertuntun,
Bersama dara rehat di titi,
Gelanggang dibuka rancak berpantun,
Berbalas bicara dekat di hati.
Niat hati ke tanjung batu,
Tapi sayang di tunda kamis,
Niat hati memang begitu,
Tapi sayang madu dah habis.
Mentari bersinar indah berseri,
Celahan pedada cantik kekal,
Sangat benar petua diberi,
Cerdas minda panjanglah akal.
Sungguh wangi bunga kuini,
Daun nya enak disuka rusa,
Orang biasa pantunya seperti ini,
Apatah lagi jadi guru bahasa.
Saya ke pantai hilangkan beban,
Sambil mencari pokok meranti,
Saya dah mulai kehabisan bahan,
Sila abang untuk mengganti.
Susur paya batu kerikil,
Bawa kartu berisi dupa,
Màaf saya terasa muskhil,
Menyimak itu maksudnya apa?
Sedang jauh bersopan santun,
Apa lagi dekat di mata,
Sedang jauh rancak berpantun,
Apa lagi bertemu muka.
Tengah beranda memasang lilin,
Dara sunti jiwanya kaldu,
Madu tiada belilah lain,
Tersilap cari hidup bermadu.
Sayur kubis enak ditambah,
Tidak kekok bercampur tepung,
Madu habis carilah lebah,
Merata pokok setiap kampung.
Jangan cik puan cakap begitu,
Rasa pilu di dalam jiwa,
Jangan cik puan tanyakan madu,
Bini yang satu saya tak punya.
Anak nyonya rehat di batu,
Terlihat mamanda mengusik dara,
Bagaimana nak punya isteri yang satu,
Jiwa di dada sentiasanya lara.
Ikan sepat masak belada,
Sedap dimasak si lada merah,
Madu dapatnya tak seberapa,
Muka bengkak di hentam lebah.
Berburu lembu masukkan peti,
Tak dapat lembu gantilah rusa,
Saya tak sanggup untuk mengganti,
Power emak-emak luar biasa.
Jika sudah cari kan batu,
Maka ci puan cari lah kawat,
Jika sudah tau begitu,
Maka cik puan carikan obat.
Si pohon merbah cantik berseri,
Sebaris kemumu tanamlah cermat,
Di hentam lebah masuklah perigi,
Tentu dirimu akan selamat.