Rasulullah Nabi Muhammad SAW

Islam201 Dilihat

Yaumul Milad Yaa Rasululloh Nabi Muhammad SAW. Mari Kita perkenalkan kepada saudara  saudara muslim sosok diri pribadi Rasulullah Nabi Muhammad SAW.  Inilah bentuk wujud cinta kepada Nabi Muhammad SAW.

Tak kenal maka tak sayang.  Saya menerima informasi ini dari berbagai sumber, Insha Allah benar dan terpercaya terkait Bio Data lengkap  Nabi Muhammad SAW

https://www.facebook.com/608924883/videos/10159046548324884/

BIODATA RASULULLAH S.A.W

Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muththalibs bin Hashim

Tarikh lahir Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571  Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; karena peristiwa tentara bergajah  Abrahah yang menyerang kota Ka’bah)

Tempat lahir di rumah Abu Thalib, Makkah Al-Mukarramah.

Nama bapak Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hashim.

Nama ibu Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf.

Pengasuh pertama Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapak Rasulullah SAW). Ibu susu pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab). Ibu susu kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah, suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat_ untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia  di Al-Abwa  sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapak Rasulullah SAW dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muththalib.

USIA 8 TAHUN

Datuknya, Abdul Muththalib pula meninggal dunia Baginda dididik  pula oleh bapak saudaranya, Abu Thalib.

USIA 9 TAHUN

Bersama bapak saudaranya, Abu Thalib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.  Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’, jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah.

Menyaksikan  perjanjian Al-Fudhul .  Perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang didzalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Thalib dan beberapa orang bapak saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapak saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kawin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Ka’bah.  Pembinaan semula Ka’bah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan Hajarul-Aswad  ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai pelantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah / 8 Juni 632 Masehi.

Sabda Rasulullah SAW

Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku dan sesiapa yang mencintai aku niscaya dia bersama-samaku di dalam syurga

(Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Nabi Muhammad SAW – Manusia agung

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehingg akan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bertemu muka dengan Baginda lantas melafazkan ke islaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah

Aku belum pernah melihat lelaki yang segagah Rasulullah saw..

Aku melihat cahaya dari lidahnya.

Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

Wajahnya seperti bulan purnama.

Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

Janggutnya penuh dan tebal menawan.

Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

Rambutnya sedikit ikal.

Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.

Rambutnya terbelah di tengah.

Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.

Seimbang antara kedua bahunya.

Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.

Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.  Warna putihnya lebih banyak.  Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.  Warna kulitnya putih tapi sehat.  Kulitnya putih lagi bercahaya.

Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kokoh.

Badannya tidak gemuk.

Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi gagah.

Perutnya tidak buncit.

Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

 

Nabi Muhammad SAW  adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

 

Salam Literasi

BHP 291020

YPTD

Tinggalkan Balasan